Friday 7 March 2014

KL--->Penang--->KK

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt..
lamanye tak meng'update' blog ni..
minggu lepas balik semenanjung..best2!!
tu yang tak de masa nak berblogging..
tapi apa yang penting aku dapat melepaskan kerinduan nak makan makanan semenanjung..
(oversea sangat sabah ni k!!hahahah)
actually makanan kat sabah ni sama je dengan semenanjung cuma tak serupa..
biasa la lain negeri lain budaya kan..

Masa kat KL aku ada order cheese kek dan pavlova dekat senior sekolah dulu..
sangat2 sedap..aku sangat2 rekemen  untuk korang2 yang nak buat tempahan..kat link ---> kak za8
gerenti puas hati..

yang ni mini pavlova 1pc - rm4
cheese kek 1box - rm20

macam2 lagi yang dia buat, haritu aku order yang atas tu je..kalau nak tau pi la intai2 dekat facebook dia k..
kalau nak order pm je die..


Actually, aku balik KL sebab en suami ada meeting kat Langkawi..
alang2 seminggu en suami meeting, aku pon ikut la balik tapi aku tak pi langkawi, aku balik umah parent..
khamis malam aku gerak balik penang, pi umah mertua pula..

en suami suruh naik firefly balik penang alang2 tiket tengah murah time tu..rm59.00 pergi penang..
tapi eksen tak nak naik flight..nak gak naik keretapi..
best gak sesekali merasa benda lain kan..
aku beli tiket malam..nak merasa tido dalam keretapi..

gerabak aku paling belakang sekali ok!!da lah barang banyak + berat pula tu..
gerabak aku L7, masa aku tengah2 nak cari gerabak aku tu, aku lalu dekat gerabak L4--->L5--->L6
lepas L6 boleh pulak terus L8--->L9..
ahhh sudah mana pulak gerabak aku ni..sampai la ke hujung baru aku jumpa gerabak aku tu..
sakit tangan aku mengangkat barang2 aku..
ingat kan nak beli katil tapi dah full so dapat seat je la..

yang buat aku tak puas hati AIRCOND rosak!!ya Allah panas sepanas2nya..
tingkap tak boleh nak buka pulak..
berpeluh2 aku dok dalam tu..
dala ade baby dalam tu..nangis je dia sebab panas..
sampai mak dia buka baju + seluar baby tu..tinggal pampers je
last2 ayah baby tu tak tahan pi buat report..
akhirnya sejuk gak gerabak tu..
tapi bayangkanlah kepanasan dari KL ke Ipoh..4 JAM!!

ingatkan  boleh la tido lepas2 tu..
tapi aku ni jenis orang yang cepat gabra..
takut terlepas perhentian yang aku nak turun nanti..
padahal jauh lagi..hahaha..
nasibla masa perhentian aku turun tu dia buat announce dah sampai bukit mertajam pakai mic so semua gerabak boleh dengar..
perhentian sebelum ni kena pandai2 tengok sendiri dah sampai ke belum..

Ari ahad aku dan en suami gerak balik KK..
pi penang airport naik jambatan Pulau Pinang Ke-2..
punyala jem 1 jam kat atas jambatan tu je..
puncanya kereta benti tepi jalan sebab nak amik gambar..sabor je la..

kami naik air asia sebab dari penang air asia je yang ade direct ke KK..
sampai je airport pi check-in beg - 18kg, orang kat kaunter tu kata terlebih 3kg..
dengan blur en suami aku kata bukan 20kg ke..
penat je aku timbang beg kat umah mak mertua konon2nya nak bagi ngam2 20kg..

tapi nak buat macam mana en suami tersilap tengok email, dia ingatkan 20kg..
tak pasal2 melayang rm105.00 untuk 3kg..
1kg rm35.00..mahal!!
kalau beli siap2 kat website dia murah je..

biasa la kalau pi langkawi macam2 benda yang nak dibelinya..
tu yang berat beg terlebih2..
so lepas ni kena lebih berhati2 supaya duit tak melayang lagi..

oklah tu je nak story2 sehingga ketemu lagi ye..bye..assalamualaikum..


(^_^) esok nak pi berkelah dengan rakan2 opis en suami  kat karambunai..jom ramai2 join!!! huk huk