Friday 7 March 2014

KL--->Penang--->KK

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt..
lamanye tak meng'update' blog ni..
minggu lepas balik semenanjung..best2!!
tu yang tak de masa nak berblogging..
tapi apa yang penting aku dapat melepaskan kerinduan nak makan makanan semenanjung..
(oversea sangat sabah ni k!!hahahah)
actually makanan kat sabah ni sama je dengan semenanjung cuma tak serupa..
biasa la lain negeri lain budaya kan..

Masa kat KL aku ada order cheese kek dan pavlova dekat senior sekolah dulu..
sangat2 sedap..aku sangat2 rekemen  untuk korang2 yang nak buat tempahan..kat link ---> kak za8
gerenti puas hati..

yang ni mini pavlova 1pc - rm4
cheese kek 1box - rm20

macam2 lagi yang dia buat, haritu aku order yang atas tu je..kalau nak tau pi la intai2 dekat facebook dia k..
kalau nak order pm je die..


Actually, aku balik KL sebab en suami ada meeting kat Langkawi..
alang2 seminggu en suami meeting, aku pon ikut la balik tapi aku tak pi langkawi, aku balik umah parent..
khamis malam aku gerak balik penang, pi umah mertua pula..

en suami suruh naik firefly balik penang alang2 tiket tengah murah time tu..rm59.00 pergi penang..
tapi eksen tak nak naik flight..nak gak naik keretapi..
best gak sesekali merasa benda lain kan..
aku beli tiket malam..nak merasa tido dalam keretapi..

gerabak aku paling belakang sekali ok!!da lah barang banyak + berat pula tu..
gerabak aku L7, masa aku tengah2 nak cari gerabak aku tu, aku lalu dekat gerabak L4--->L5--->L6
lepas L6 boleh pulak terus L8--->L9..
ahhh sudah mana pulak gerabak aku ni..sampai la ke hujung baru aku jumpa gerabak aku tu..
sakit tangan aku mengangkat barang2 aku..
ingat kan nak beli katil tapi dah full so dapat seat je la..

yang buat aku tak puas hati AIRCOND rosak!!ya Allah panas sepanas2nya..
tingkap tak boleh nak buka pulak..
berpeluh2 aku dok dalam tu..
dala ade baby dalam tu..nangis je dia sebab panas..
sampai mak dia buka baju + seluar baby tu..tinggal pampers je
last2 ayah baby tu tak tahan pi buat report..
akhirnya sejuk gak gerabak tu..
tapi bayangkanlah kepanasan dari KL ke Ipoh..4 JAM!!

ingatkan  boleh la tido lepas2 tu..
tapi aku ni jenis orang yang cepat gabra..
takut terlepas perhentian yang aku nak turun nanti..
padahal jauh lagi..hahaha..
nasibla masa perhentian aku turun tu dia buat announce dah sampai bukit mertajam pakai mic so semua gerabak boleh dengar..
perhentian sebelum ni kena pandai2 tengok sendiri dah sampai ke belum..

Ari ahad aku dan en suami gerak balik KK..
pi penang airport naik jambatan Pulau Pinang Ke-2..
punyala jem 1 jam kat atas jambatan tu je..
puncanya kereta benti tepi jalan sebab nak amik gambar..sabor je la..

kami naik air asia sebab dari penang air asia je yang ade direct ke KK..
sampai je airport pi check-in beg - 18kg, orang kat kaunter tu kata terlebih 3kg..
dengan blur en suami aku kata bukan 20kg ke..
penat je aku timbang beg kat umah mak mertua konon2nya nak bagi ngam2 20kg..

tapi nak buat macam mana en suami tersilap tengok email, dia ingatkan 20kg..
tak pasal2 melayang rm105.00 untuk 3kg..
1kg rm35.00..mahal!!
kalau beli siap2 kat website dia murah je..

biasa la kalau pi langkawi macam2 benda yang nak dibelinya..
tu yang berat beg terlebih2..
so lepas ni kena lebih berhati2 supaya duit tak melayang lagi..

oklah tu je nak story2 sehingga ketemu lagi ye..bye..assalamualaikum..


(^_^) esok nak pi berkelah dengan rakan2 opis en suami  kat karambunai..jom ramai2 join!!! huk huk

Monday 17 February 2014

Round2 Sabah..

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum..minggu lepas adalah minggu yang paling busy tapi best..
Tiap2 hari keluar jalan2 bawa pakcik round2 Sabah..
First tempat yang aku bawa adalah pasar besar Sabah..awal pagi gerak da pukul 6..
Seriesly aku tak tipu sapa2 yang tak pernah datang Sabah then kita bawa pergi pasar basah, semua akan terkejut tengok ikan fresh2 kat sana, dengan harga yang murah berbanding semenanjung..
Pakcik + makcik aku sampai terperanjat dengar harga ikan selar sekilo sehinggit..mana nak dapat sekilo sehinggit kt semenanjung..betol x??
udang berkilo2 pakcik aku beli..puas makan aku dah lah hantu udang..
 
Lepas je beli2 apa yang patut, terus pakcik aku masak..pakcik aku ni memang tukang masak..dia la tukang masak masa aku tunang dulu....

ni la lauk yang dimasak oleh pakcik aku..
DAY 1 - sambal tumis udang + ketam sweet sour + sotong goreng kunyit + ikan goreng cicah kicap..semua lauk dimasak dan disiang dalam masa 1 jam..cepat gila..kalau aku sejam tu boleh siap 1 lauk je..huhuhuh

petang tu aku bawa dorang pergi rumah terbalik, jambatan tamparuli dan shopping dekat pasar filipina..
  trip 1 bawa anak2 dara je dulu..next trip baru bawa yang bujang2..




DAY 2 - udang dan ketam masak lemak + asam pedas ikan selar + sotong masak kari hitam ala2 kat kedai mamak tu + ayam kepak(yang ni je beli)..hari kedua ni lagi express setengah jam siap dah sebab nak jalan2 pergi kundasang..so pakcik aku masak campak2 je tapi SODAP..


Lepas siap2 masak, terus gerak pergi Kundasang..
tapi sayang sepanjang hari hujan memang sejuk sangat2 kat atas tu..kabus pun tebal..
masa pergi dairy farm, lembu2 semua takda kat ladang sebab hujan..
tak dapat la nak fefeeling kat new zealand..
masa pergi dekat ikan tagal ranau pun sempat letak kaki 5 minit je lepastu hujan punya la lebat..semua dok basah kuyup masuk dalam kereta..da la datang jauh2 tapi 5 minit je dapat rasa..
sangat2 tak puas..tapi takpela dapat gak merasa..

pakcik + makcik yang very2 sporting..

 bayangkan betapa sejuknya masa ni..
belakang tu je dah kabus tebal..masa ambil gambar ni hujan tengah lebat..tapi tetap nak bergambar..hehehe
masa datang kat dairy farm lembu2 tengah beratur nak perah susu...

tak lama pakcik aku datang Sabah..sampai Sabah rabu malam, sabtu pagi da balik melaka..
tapi yang penting aku puas bawa dorang jalan2 kat sini..dan puas makan..
cakap je nak makan apa semua pakcik aku masakkan..
sampai buatkan aku satu bekas rencah mee bandung sebab aku teringin nak makan..
sepanjang aku duk sini tak pernah jumpa lagi menu mee bandung..

lepas anta keluarga pakcik balik, member en suami ajak jalan2 pergi taman buaya dekat tuaran..
harga masuk boleh tahan mahal..satu kepala rm15.00..
tapi best gak dalam tu..macam2 binatang ada..
bukan buaya je..



 buaya yang bawa tu buaya betol tau tapi da diawet kan..
antara binatang lain yang ada dalam taman buaya..binatang2 ni semua kita boleh bagi makan..dorang sediakan makanan, kita kena bayar rm2.00..

sebahagian buaya yang ada..terlampau banyak buaya dalam ni..bermacam2 saiz..
show yang memang tiap2 hari ada..pukul 11am dan 3pm..berani betul dorang ni tapi buaya tu pun macam da paham2 je ape yang buaya tu kena buat..sampai je kat tengah2, dia kan nganga mulut..kejap je show ni..nak tunggu kemain lama lagi..

habis je show kami gerak balik..
badan dah letih semacam je tak cukup rehat berjalan je minggu tu..
tidur pun awal malam tu..
tapi terasa sunyi je rumah sebab pakcik dah balik..:(
apa2 pon kami berdua sangat seronok dengan kedatangan pakcik aku..

ok lah kalau ada masa kita jumpa lagi..
bye..
assalamualaikum..