Friday 7 March 2014

KL--->Penang--->KK

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt..
lamanye tak meng'update' blog ni..
minggu lepas balik semenanjung..best2!!
tu yang tak de masa nak berblogging..
tapi apa yang penting aku dapat melepaskan kerinduan nak makan makanan semenanjung..
(oversea sangat sabah ni k!!hahahah)
actually makanan kat sabah ni sama je dengan semenanjung cuma tak serupa..
biasa la lain negeri lain budaya kan..

Masa kat KL aku ada order cheese kek dan pavlova dekat senior sekolah dulu..
sangat2 sedap..aku sangat2 rekemen  untuk korang2 yang nak buat tempahan..kat link ---> kak za8
gerenti puas hati..

yang ni mini pavlova 1pc - rm4
cheese kek 1box - rm20

macam2 lagi yang dia buat, haritu aku order yang atas tu je..kalau nak tau pi la intai2 dekat facebook dia k..
kalau nak order pm je die..


Actually, aku balik KL sebab en suami ada meeting kat Langkawi..
alang2 seminggu en suami meeting, aku pon ikut la balik tapi aku tak pi langkawi, aku balik umah parent..
khamis malam aku gerak balik penang, pi umah mertua pula..

en suami suruh naik firefly balik penang alang2 tiket tengah murah time tu..rm59.00 pergi penang..
tapi eksen tak nak naik flight..nak gak naik keretapi..
best gak sesekali merasa benda lain kan..
aku beli tiket malam..nak merasa tido dalam keretapi..

gerabak aku paling belakang sekali ok!!da lah barang banyak + berat pula tu..
gerabak aku L7, masa aku tengah2 nak cari gerabak aku tu, aku lalu dekat gerabak L4--->L5--->L6
lepas L6 boleh pulak terus L8--->L9..
ahhh sudah mana pulak gerabak aku ni..sampai la ke hujung baru aku jumpa gerabak aku tu..
sakit tangan aku mengangkat barang2 aku..
ingat kan nak beli katil tapi dah full so dapat seat je la..

yang buat aku tak puas hati AIRCOND rosak!!ya Allah panas sepanas2nya..
tingkap tak boleh nak buka pulak..
berpeluh2 aku dok dalam tu..
dala ade baby dalam tu..nangis je dia sebab panas..
sampai mak dia buka baju + seluar baby tu..tinggal pampers je
last2 ayah baby tu tak tahan pi buat report..
akhirnya sejuk gak gerabak tu..
tapi bayangkanlah kepanasan dari KL ke Ipoh..4 JAM!!

ingatkan  boleh la tido lepas2 tu..
tapi aku ni jenis orang yang cepat gabra..
takut terlepas perhentian yang aku nak turun nanti..
padahal jauh lagi..hahaha..
nasibla masa perhentian aku turun tu dia buat announce dah sampai bukit mertajam pakai mic so semua gerabak boleh dengar..
perhentian sebelum ni kena pandai2 tengok sendiri dah sampai ke belum..

Ari ahad aku dan en suami gerak balik KK..
pi penang airport naik jambatan Pulau Pinang Ke-2..
punyala jem 1 jam kat atas jambatan tu je..
puncanya kereta benti tepi jalan sebab nak amik gambar..sabor je la..

kami naik air asia sebab dari penang air asia je yang ade direct ke KK..
sampai je airport pi check-in beg - 18kg, orang kat kaunter tu kata terlebih 3kg..
dengan blur en suami aku kata bukan 20kg ke..
penat je aku timbang beg kat umah mak mertua konon2nya nak bagi ngam2 20kg..

tapi nak buat macam mana en suami tersilap tengok email, dia ingatkan 20kg..
tak pasal2 melayang rm105.00 untuk 3kg..
1kg rm35.00..mahal!!
kalau beli siap2 kat website dia murah je..

biasa la kalau pi langkawi macam2 benda yang nak dibelinya..
tu yang berat beg terlebih2..
so lepas ni kena lebih berhati2 supaya duit tak melayang lagi..

oklah tu je nak story2 sehingga ketemu lagi ye..bye..assalamualaikum..


(^_^) esok nak pi berkelah dengan rakan2 opis en suami  kat karambunai..jom ramai2 join!!! huk huk

Monday 17 February 2014

Round2 Sabah..

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum..minggu lepas adalah minggu yang paling busy tapi best..
Tiap2 hari keluar jalan2 bawa pakcik round2 Sabah..
First tempat yang aku bawa adalah pasar besar Sabah..awal pagi gerak da pukul 6..
Seriesly aku tak tipu sapa2 yang tak pernah datang Sabah then kita bawa pergi pasar basah, semua akan terkejut tengok ikan fresh2 kat sana, dengan harga yang murah berbanding semenanjung..
Pakcik + makcik aku sampai terperanjat dengar harga ikan selar sekilo sehinggit..mana nak dapat sekilo sehinggit kt semenanjung..betol x??
udang berkilo2 pakcik aku beli..puas makan aku dah lah hantu udang..
 
Lepas je beli2 apa yang patut, terus pakcik aku masak..pakcik aku ni memang tukang masak..dia la tukang masak masa aku tunang dulu....

ni la lauk yang dimasak oleh pakcik aku..
DAY 1 - sambal tumis udang + ketam sweet sour + sotong goreng kunyit + ikan goreng cicah kicap..semua lauk dimasak dan disiang dalam masa 1 jam..cepat gila..kalau aku sejam tu boleh siap 1 lauk je..huhuhuh

petang tu aku bawa dorang pergi rumah terbalik, jambatan tamparuli dan shopping dekat pasar filipina..
  trip 1 bawa anak2 dara je dulu..next trip baru bawa yang bujang2..




DAY 2 - udang dan ketam masak lemak + asam pedas ikan selar + sotong masak kari hitam ala2 kat kedai mamak tu + ayam kepak(yang ni je beli)..hari kedua ni lagi express setengah jam siap dah sebab nak jalan2 pergi kundasang..so pakcik aku masak campak2 je tapi SODAP..


Lepas siap2 masak, terus gerak pergi Kundasang..
tapi sayang sepanjang hari hujan memang sejuk sangat2 kat atas tu..kabus pun tebal..
masa pergi dairy farm, lembu2 semua takda kat ladang sebab hujan..
tak dapat la nak fefeeling kat new zealand..
masa pergi dekat ikan tagal ranau pun sempat letak kaki 5 minit je lepastu hujan punya la lebat..semua dok basah kuyup masuk dalam kereta..da la datang jauh2 tapi 5 minit je dapat rasa..
sangat2 tak puas..tapi takpela dapat gak merasa..

pakcik + makcik yang very2 sporting..

 bayangkan betapa sejuknya masa ni..
belakang tu je dah kabus tebal..masa ambil gambar ni hujan tengah lebat..tapi tetap nak bergambar..hehehe
masa datang kat dairy farm lembu2 tengah beratur nak perah susu...

tak lama pakcik aku datang Sabah..sampai Sabah rabu malam, sabtu pagi da balik melaka..
tapi yang penting aku puas bawa dorang jalan2 kat sini..dan puas makan..
cakap je nak makan apa semua pakcik aku masakkan..
sampai buatkan aku satu bekas rencah mee bandung sebab aku teringin nak makan..
sepanjang aku duk sini tak pernah jumpa lagi menu mee bandung..

lepas anta keluarga pakcik balik, member en suami ajak jalan2 pergi taman buaya dekat tuaran..
harga masuk boleh tahan mahal..satu kepala rm15.00..
tapi best gak dalam tu..macam2 binatang ada..
bukan buaya je..



 buaya yang bawa tu buaya betol tau tapi da diawet kan..
antara binatang lain yang ada dalam taman buaya..binatang2 ni semua kita boleh bagi makan..dorang sediakan makanan, kita kena bayar rm2.00..

sebahagian buaya yang ada..terlampau banyak buaya dalam ni..bermacam2 saiz..
show yang memang tiap2 hari ada..pukul 11am dan 3pm..berani betul dorang ni tapi buaya tu pun macam da paham2 je ape yang buaya tu kena buat..sampai je kat tengah2, dia kan nganga mulut..kejap je show ni..nak tunggu kemain lama lagi..

habis je show kami gerak balik..
badan dah letih semacam je tak cukup rehat berjalan je minggu tu..
tidur pun awal malam tu..
tapi terasa sunyi je rumah sebab pakcik dah balik..:(
apa2 pon kami berdua sangat seronok dengan kedatangan pakcik aku..

ok lah kalau ada masa kita jumpa lagi..
bye..
assalamualaikum..

Tuesday 11 February 2014

Kenali Jenis Sakit Kepala Anda..

بسم الله الرحمن الرحيم


Sejak kebelakangan ni aku selalu sangat sakit kepala..
panadol memang akan ada bersama aku selalu..
tapi panadol yang biasa2 tu tak bagi kesan pon..selalu aku makan panadol activefast..
makan 2 biji terus hilang pening..

tapi aku tau panadol tak elok untuk jangka masa panjang..nak buat macam mana..
nak taknak aku makan gak bagi hilang sakit tu..

ada gak jumpa doktor tapi doktor kata aku mungkin stress..
mungkin sesetengah orang kat luar sana fikir napa stress sedangkan aku tak kerja pon, dok umah je..
hakikatnya duduk umah ni lagi stress dari orang yang bekerja (bukan aku cakap, doktor yang cakap ok)

nak tau sebab ape??
sebab orang yang bekerja ni memang dah ada kerja yang dorang kena buat..
tapi yang dok umah ni ape je yang boleh dibuat..setiap hari benda yang sama dan berulang2..
kalau tak percaya, aku nak korang try dok umah seminggu..apa korang akan rasa???huhuhu
jadi macam2 doktor tu bagi cadangan apa yang patut aku buat..
pergi gym, sambung belajar, kerja part time dan macam2 lagi..

bila aku search kat pakcik google, sakit kepala ni banyak jenis rupanya..

Sakit kepala terbahagi kepada dua :

 1. Sakit kepala primer.
* 90 % sakit kepala adalah golongan primer. . 
* Yang termasuk sakit kepala primer ialah :

a) Sakit kepala tegang (tension headache)
- Tanda2 rasa tegang dan rasa tak selesa tapi sakitnya tidak berdenyut. Otot di  belakang leher juga terasa tegang. 
- Mungkin sakit ini makin lama makin merasa kesakitan yang teramat dan akan terjadi sehingga beberapa jam atau mungkin beberapa hari.

 b) Sakit kepala klaster
- Sering terjadi pada golongan usia dewasa  muda (20-40 thn). Sebabnya adalah stress dan makanan tertentu.
- Tanda2 sakit kepala sebelah, sekitar mata dan alis, sifatnya terus menerus makin lama makin sakit, tak berdenyut dan berlangsung dalam masa yang singkat (beberapa minit sampai 3 jam), terutama bila waktu malam hari.

c) Migrain, penyebabnya antara lain: kurang tidur
- Migrain lebih sering terjadi pada perempuan, biasanya ada keturunan keluarga dan sudah mula rasa sakit pada usia remaja.  
- Tanda2 sakit kepala sebelah, sakit yang berulang, terutama pagi hari, sifatnya berdenyut,  berlangsung beberapa jam sampai beberapa hari, 
- Sering disertai muntah, mata tak tahan cahaya dan  tak tahan suara bising.
- Sebab lain mungkin stress, kurang tidur, haid dan pengaruh alkohol

2. Sakit kepala sekunder.
* Kemungkinan penyebab sakit kepala golongan ini umumnya adalah kelainan mata, hidung, telinga, gigi, cedera kepala, radang selaput kepala hingga tumor otak. 
* Tekanan darah tinggi juga salah satu penyebab umum sakit kepala sekunder. Jika kawan2 menderita tekanan darah tinggi dan sering mengalami sakit kepala, seharusnya mengukur tekanan darah tinggi kawan2 setiap hari untuk memastikan penyebab sakit kepala anda.

Jadi, kawan2 boleh tau jenis sakit kepala yang korang alami..harap ianya membantu..TQ

Saturday 8 February 2014

Attention!!!

Assalamualaikum kawan2
Just nak inform tentang pertukaran blog url aku..
Disebabkan ada masalah teknikal jadi aku terpaksa tukar url baru..
Kepada pembaca yang tau tentang blog aku yang lama iaitu
tudiasempoi.blogspot.com
Telah bertukar ke..
duniabelogyana.blogspot.com
Harap dengan pertukaran ini tak susahkan pembaca sekalian ye....TQ

Monday 3 February 2014

Cuti Di Hujung Minggu..

بسم الله الرحمن الرحيم
  
Assalamualaikum sobat2 semua..weekend lepas aku dan kawan2 office laki aku konvoi ramai2 pergi kenduri kahwin kawan dorang dekat papar..first pengalaman pergi kenduri kahwin orang sabah..nak tengok cara dorang kahwin macam mana..sama ke tak dengan cara semenanjung kahwin..kenduri yang aku pergi semalam kebanyakkan nya sama je dengan cara semenanjung..cuma dorang takda sedia kan nasi minyak yang ada cuma nasi putih je..lauk pon lebih kurang sama..ayam goreng, daging rendang, sambal udang, su'un masak apa ntah aku pun tak tau..dan sup daging..dekat sabah ni tak sah kalau tak da sup..kalau kawan2 pergi makan dekat kedai makan mana pun, orderlah apa2 mesti dia akan bagi sup walaupun order jenis2 mee pun dapat sup..pernah gak kawan laki aku order roti canai pon dorang bagi sup..

Yang lain bagi aku semalam cuma masa pengantin nak pergi bersanding atas pelamin, pengantin pompuan dah siap sedia tunggu atas pelamin sementara pengantin lelaki pula buat beberapa pusingan macam tawaf kat depan pelamin yang dipimpin oleh orang yang lebih tua (aku tak tau sapa yang pimpin pengantin laki tu) baru la pengantin laki naik atas pelamin..kat semenanjung tak pernah aku tengok buat camtu mungkin tu adat mereka kat sabah..yang paling best dapat dengar karaoke live dari orang2 veteren sabah..sedap sangat sore2 dorang semalam..
 rakan2 sekerja laki aku..

 Baby cute tu anak pada boss laki aku..time kitorang dok pegang2 baby ni, muka abang dia masam je sebab takut kitorang ambil adik dia..kiut je..hehehe

Lepas pergi kenduri tu, kami ramai2 konvoi pergi mandi air terjun dekat hutan lipur kawang..masuk kena bayar, satu kepala rm2.00..boleh tahan cantik gak tempat dia..air dia sangat2 sejuk okey..tapi semalam aku pergi ramai sangat orang, so kebanyakkan tempat yang cantik dah full..jadi kami pilih lah tempat yang tak ramai..aktiviti yang tak di plan awal..setengah jam sebelum nak gerak pergi kenduri baru dorang plan..so takda la bawa makanan macam orang yang berpicnic..sebelum sampai kat hutan lipur tu, kami singgah kedai runcit beli kopok & air yang boleh alas perut sebab lepas mandi manda perut mesti lapar..
ni la tempat yang cantik dipenuhi orang semalam..

So sapa2 yang nak bawa family berpicnic selain kat tepi pantai, bolehlah bawa family mandi air terjun kat sini ye.sebab tempat dia best..tak lah jauh sangat dari bandar KK..tu je untuk entri hari ni..sehingga ketemu lagi..bye

Thursday 30 January 2014

Sambungan Kisah Zaman Kanak2 (part 2)

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم pembaca2 yang ku kasihi sekalian..dah ikuti kisah aku masa zaman kanak2 part 1? sesiapa yang belum, sila ke entri ni ye..kalau dah baca part 1 baru la boleh sambung baca part 2 kan..jom sambung baca kisah aku..harap kawan2 tak jemu membaca..(^_^)

Situasi 5 -

Zaman sekolah rendah dulu masa aku  darjah 1-3, di waktu pagi aku ke sekolah agama dan waktu petang ke sekolah kebangsaan..dan semasa darjah 4-6 pula sekolah kebangsaan di waktu  pagi dan sekolah agama di waktu petang..setiap hari lepas balik dari sekolah agama, aku dan kawan2 yang duduk di kampung tu akan terus pergi mengaji dekat rumah makteh..makteh adalah seorang ustazah yang mengajar kami mengaji ketika di kampung tu..ramai sangat yang mengaji dengan makteh..aku dulu suka berlumba2 dengan kawan2..masing2 nak tunjuk hebat..yela budak2 kan..masing2 akan berlari balik dari sekolah agama sebab nak sampai dulu kat rumah makteh tu..sapa sampai dulu, dia mengaji dulu dan dia la boleh balik dulu..tapi bila semua dah sampai depan rumah makteh dan pintu rumah belum dibuka, kitorang akan tunggu sampai makteh buka pintu dan berebut nak masuk pintu rumah dulu sebab sapa masuk dulu dia menang dapat mengaji dulu..masa menang tu rasa macam dah cukup hebat dah..padahal bila pikir balik sama je siapa yang mengaji dulu atau kemudian, sampai juga rumah nanti kan..hahahah




Situasi 6 - 

Aku masuk tadika umur 5 tahun..aku paling muda masa tu sebab yang lain semua dah 6 tahun..masa ni adik lelaki bawah aku tu berumur 3 tahun..masa kecil2 dulu dia jeles dekat abang dan kakak dia sebab boleh pergi sekolah dan dia tak boleh..satu hari tu, dia kata kat mak nak pergi rumah makteh nak mengaji..mak suruh tunggu sampai abang aku balik dari sekolah agama nanti boleh pergi sama2..sekejap je mak tinggalkan adik aku, tengok2 dah hilang..mak cari merata2 tempat tak jumpa then terus telefon ayah yang tengah kerja bagitau adik hilang..ayah balik2 terus cari adik di merata tempat tapi tetap tak jumpa..tau tak adik aku pergi mana?tadika aku yang dia tuju..cuba bayangkan budak lelaki umur 3 tahun yang pakai kopiah dan sandang beg mengaji tunggu depan pintu tadika..time tu waktu nak balik lama lagi..tengah2 cikgu mengajar..cikgu tanya "adik siapa dekat pintu ni"..semua kawan2 aku pergi tengok tapi aku relak je buat tak tau sebab aku rasa mustahil tu adik aku..tapi sebenarnya tu adalah adik aku..aku tanya kenapa datang..dia kata nak ikut pergi sekolah..cikgu dekat tadika tu suruh adik aku masuk duduk sebelah belajar sama2..sweet kan??hahaha..padahal bila balik je dari tadika..aku tengok mak macam tak senang duduk..bila mak tengok je aku balik dan bawa adik bersama terus menangis tanya adik pergi mana..aku macam terpinga2 tak tau apa sebenarnya yang jadi..then mak telefon ayah bagitau yang adik dah balik..nasib tak sempat buat report polis lagi..mak dengan ayah tak terpikir adik aku yang masih kecil boleh jalan jauh pergi ke tadika aku..jadi parent aku tak cari dia dekat tadika aku..mak bagitau yang baru sekali bawa adik dengan berjalan kaki ke tadika aku nak jemput aku balik..tapi otak dia boleh ingat jalan nak ke tadika tu..respek kat dia..nasib dulu jenayah culik-menculik ni tak sebahaya sekarang..adik2 kat luar sana jangan keluar rumah tanpa bagitau parent ye..bahaya tau..

ni la aku 3 beradik dulu..yang paling kecil tu yang tak sabar2 nak pi sekolah 



Situasi 7 - 


Disebabkan jarak umur antara kami 3 beradik dekat2..masing2 beza dua tahun je..selalu lah kami  main sama2..masuk adik aku yang ke 4 & 5, jarak umur kami jauh..tak sempat nak ajar dorang main macam ni..heheheh..pernah tak kawan2 main benda alah ni..kami bertiga suka main mainan tu..ambil kusyen banyak2..lepas tu cipta terowong panjang2 then merangkak dalam terowong tu..tak pun buat rumah masing2..lepas main kat situ bila tiba waktu nak balik umah, semua tiga beradik pergi dekat kusyen rumah masing2..konon2 tu rumah betul2..anak sekarang tak main dah mainan ni..ye tak?


Situasi 8 -

Dulu aku suka pakai cermin mata ayah sebab bila pakai dan tengok dekat lantai rumah macam jauh lagi aku nak kena jejak kaki..tapi sebenarnya kaki aku dan pun jejak lantai..effect dari cermin mata tu..disebabkan suka sangat pakai cermin mata ayah time kecil2, haaa bila dah besar dah rabun terpaksa lah pakai cermin mata seniri..baru tau payah nya bila kena pakai cermin mata..maka ada sebab kenapa ayah marah aku time kecil2 dulu bila pakai cermin mata dia...


Situasi 9 -

Dulu aku sangat susah nak bangun pagi..bila mak dengan ayah kejut bangun pergi sekolah punya lah liat nak bangun..dulu ayah yang hantar pergi sekolah..sampai kan ayah dah lambat nak pergi kerja gara2 tunggu aku bangun..naik darah juga ayah masa tu terus tinggalkan aku yang tak bangun lagi..dengar je motor ayah dah jauh baru aku tergedik2 bangun sambil menangis kata ayah tinggalkan aku..mak pujuk suruh mandi cepat2 then mak hantar naik basikal..time tu mak aku tak pandai drive lagi..masa mak hantar pergi sekolah,aku still menangis lagi sebab buat ayah marah..


Situasi 10 -

Dulu masa sekolah rendah aku selalu curi2 minum air paip masa bulan puasa..tak tahan dahaga sangat..sambil mandi sambil minum air..tak pun tengok umah clear je..mak tengah tidur..buka peti ais minum air sejuk..wah, terasa sangat nikmat time tu..hilang dahaga..pandai aku cover buat jahat..heheh..tapi kalau la parent aku tau masa tu, mesti aku kena marah..yela buat benda jahat sapa tak marah kan..



Buat masa ni, situasi tu je yang aku paling ingat dan aku akan ingat sampai bila2..banyak lagi benda yang jadi time kecil2 dulu tapi kebanyakan nya dah tak ingat..dah tinggal kenangan..harap kawan2 seronok baca kisah aku ni..bye

p/s: dulu aku pelat huruf B..aku tak pandai sebut bantal..kalau aku nak bantal aku akan sebut ngatal..heheheh

Wednesday 29 January 2014

Kisah Lucu Ketika Zaman Kanak2 Ribena (part 1)

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum..harini aku nak share sesuatu yang agak lucu untuk kawan2..cerita kisah dulu2 zaman kanak2..nama pun kanak2 kan mesti akal pikiran tu cetek lagi tak macam orang dewasa..tapi kanak2 dulu dengan sekarang lain..mentaliti kanak2 sekarang jauh lebih pandai dari kanak2 dulu sebab zaman teknologi dah canggih..contoh nya, kanak2 dulu lebih suka main permainan di luar umah tapi sekarang lebih kepada mainan macam PSP & henpon..btol tak?.tapi aku bukan nak cerita perbezaan dia, aku nak cerita pasal kisah2 aku dulu..kelakar bila pikir balik..hehehehe..


Situasi 1 -

Rumah aku masa zaman kanak2 dulu macam kawasan kampung..situasi di mana mak aku nak masak & menyuruh aku pergi ke rumah jiran untuk petik daun kari..aku dengan blur & tak tau macam mana bentuk daun kari tu terus pergi umah jiran aku tu..aku pun minta kebenaran untuk ambil daun kari..then dia suruh aku ambil seniri dekat belakang rumah dia..aku dengan confident nya, petik la daun apa yang aku nmpk & bawa balik rumah..aku bagi la daun tu kat mak..mak tengok terus tergelak sebab yang aku ambil tu bukan daun kari tapi RUMPUT..adui..mana la aku tau tu rumput sebab rumah aku bukan ada rumput pon..tu la suruh budak kecil ambil tu la jadi nya..hehehehhe..

Ok kalau aku tengok gambar ni pon dah boleh nampak betapa jauhnya perbezaan rumput dengan daun kari..macam mana la boleh tak tau..adoyai, kenangan2..


Situasi 2 -

Aku dulu jenis yang memang sangat susah nak ingat..bila mak suruh beli sesuatu tak kisah beli apa pon contoh beli telur, aku akan sebut telur banyak kali sampai kat kedai supaya tak lupa apa yang nak di beli..nak dijadikan cerita, mak suruh aku pergi kedai beli kacang tanah..aku pun pergi la kedai..sampai je kat kedai tu aku cakap kat pakcik kedai tu "cik din, nak beli kacang PASIR satu"..kacang pasir???korang pernah dengar tak?aku memandai je tukar tanah ke pasir..hahahaha..pakcik tu suruh aku tanya mak aku balik apa yg mak suruh beli..aku pon balik rumah tanya mak "tadi mak suruh beli kacang pasir kan"..terkekek2 mak gelakkan aku yang blur ni..mana pulak datang pasir nya, kacang tanah la..aku pergi la balik kedai tu sambil mulut aku tak benti2 sebut kacang tanah berulang kali takut lupa cam tadi..pergi kedai tu balik, pakcik tu gelakkan aku bila tau apa benda sebenarnya yang aku nak bli..

Kacang tanah yang diberi nama kacang pasir oleh aku...hahaha


Situasi 3 -

Malam2 aku selalu tertidur depan tv..bila mak nak masuk tido, mak kejut aku suruh masuk bilik..aku dengan mamai nya bangun2 terus ambil towel pergi bilik air untuk mandi..nasib tak sempat nak mandi lagi, mak ketuk pintu tanya nak pergi mana..aku jawab la nak pergi sekolah la..mak kata nak pergi sekolah buat apa, cuba tengok jam pukul berapa..aku tengok2 jam, la baru pukul 12.00 malam..pe lagi terus masuk bilik tidur balik..keesokan hari nya kena bahan dengan mak aku..mak ada cerita pasal makcik aku lagi teruk..siap dah keluar umah pakai baju sekolah nak pergi sekolah padahal time tu malam..kira aku ni ok lagi la kan bru nak pergi mandi..hehhehe



Situasi 4 -

Bila aku masuk kereta, aku ada sejenis penyakit yang sangat2 kelakar..ayah aku tak boleh bawa kereta laju2..dulu aku tak tau meter mana yang menunjukkan kelajuan..yang aku pandai baca, meter rpm yg ada nombor 1, 2, 3 dan seterusnya..dulu ayah bawa kereta kalau rpm tu lebih dari nombor 1 aku akan nangis sambil pegang perut.."ayah, sakit perut..ayah bawa laju"..ayah slow kan la kereta tu..korang boleh bayangkan tak berapa laju nya ayah bawak kereta untuk buat aku berhenti nangis..mata ni tak lepas2 dari tengok meter rpm tu..hehehhe..satu lagi situasi, dulu dekat jalan2 kampung selalu ada signboard jalan yang ada gambar tengkorak tu..signboard "awas kawasan kemalangan"..dulu aku pikir signboard tu adalah hantu..aku kalau nampak je signboard tu, aku akan pastikan semua pintu kereta dikunci sebab kalau pintu tak kunci nanti hantu tu masuk kereta..hahahahahah..apa da aku ni..hantu kalau nak masuk tak payah tengok kunci ke tak, redah je..tu la aku dulu banyak sangat tengok cerita hantu kot..

 RPM & signboard tengkorak

Macam-macam kerenah aku time kanak2..banyak lagi yang aku nak share kisah lucu aku dengan korang..tapi tunggu next entri ye..got to go..bye.

Tuesday 28 January 2014

Si Comelku Hana Tharwah..

بسم الله الرحمن الرحيم

C.A.K!!


Assalamualaikum..nampak tak gambar si kecil yang comel kat atas tu..tu anak buah aku yang pertama..bila si kecil ni lahir semua family aku excited terutama parent aku dan parent kak ipar aku sebab budak kecil ni cucu sulung mereka..jadi harini aku nak buat entri khas untuk si kecil ni..

Ok, nama si kecil ni 'HANA THARWAH' yang bermaksud kebahagiaan; kekayaaan..semua family panggil dia hana..hana lahir pada 8/10/2013..sekarang baru 3 bulan lebih..masa detik2 kelahiran hana, aku yang merangkap makngah dan laki aku pakngah dia rasa sedih sebab tak dapat balik semenanjung tengok hana..tak dapat nak sama2 sambut hana ketika pertama kali dia melihat dunia..so dapat tengok gambar pon jadi la kan..

Hana baru lahir..muka tengah bengkak lagi..

Aku dapat jumpa hana pon masa umur hana nak dekat sebulan..time ni hana baik sangat dan sangat senang untuk jaga sebab hana suka tido ikut atuk dia..heheheh..hana jaga pun time nk susu, mandi dan berak..nak tengok hana buka mata lama2 time mandi je yang boleh..lepas tu tido balik..tak puas main dengan hana..sampai la sekarang hana still lagi kuat tido tapi tak sekuat macam dulu..

Hana yg comel..time ni hana kecik lagi..tak dapat nak cam hana ikut muka sapa ibu ke papa dia..kadang2 tengok time pagi muka lain, time petang muka lain..berubah2
Ni la papa dan ibu hana..


Baru-baru ni, abg dan kak ipar aku diduga dengan ujian yang sangat besar..hana kena demam panas yang berlarutan..suhu turun naik..jadi hana di bawa ke hospital Kg. Baru (KBMC) dan kena tahan wad..time ni aku sedih sangat2 yela sapa tak sedih tengok insan yang masih kecil terlantar dekat hospital..setiap kali tengok gambar hana dalam keadaan yang sangat lemah pasti air mata ni keluar tanpa diundang :( 9 hari hana duduk hospital dari hari ahad (12/1/2014) sampai hari isnin (20/1/2014)..pada mulanya ingat hana demam panas biasa tapi lepas beberapa hari hana dalam wad, doktor sahkan hana kena sejenis demam yang dinamakan 'demam kawasaki'..kalau sesapa yang tak tau apa tu demam kawasaki, kawan2 boleh rujuk di sini..kalau di KBMC, ubat untuk merawat demam ni memerlukan kos yang sangat besar..jadi abg dan kak ipar aku try tanya dekat HKL dan hana di transfer ke sana..hana dimasukkan 4 dos ubat yang aku tak tau apa nama ubat tu..doktor terpaksa tahan hana untuk x-ray jantung hana takut ada kesan dari ubat tu..Alhamdulillah lepas x-ray jantung, hana takda apa2 masalah dan hana dibenarkan pulang ke rumah..papa, ibu dan hana sangat kuat harungi ujian ini..sekarang hana semakin sembuh..Ceria dan gembira seperti selalu..

Hana ketika di KBMC




Video yang menunjukkan hana sangat tak bermaya time ni..sedih sangat

Video hana yang sangat ceria lepas baik dari demam..


Cuti sekolah bulan 3 ni semua family aku nak datang Sabah..hana pon datang sekali..wah excited nya nak jumpa hana tapi pakngah dia yang terlebih excited..hehehe..time tu hana dah besar sikit dah 5 bulan..boleh main2 dengan dia..tak sabar!!tak sabar!!..mohon bulan 3 cepat sikit datang ye..hehehehe..makngah rindu hana sangat2 ni..nanti makngah bawa hana jalan2 satu Sabah ni ye..macamla hana tu dah pandai baca..hahahah..okla tu je untuk entri kali ni..bye2..

p/s : klu sapa2 yg demam berlarutan tak kira lah budak kecil atau dewasa, cepat2 la pergi ke hospital sebab sekarang banyak sangat jenis2 demam yang kita seniri tak tau..