Tuesday 28 January 2014

Si Comelku Hana Tharwah..

بسم الله الرحمن الرحيم

C.A.K!!


Assalamualaikum..nampak tak gambar si kecil yang comel kat atas tu..tu anak buah aku yang pertama..bila si kecil ni lahir semua family aku excited terutama parent aku dan parent kak ipar aku sebab budak kecil ni cucu sulung mereka..jadi harini aku nak buat entri khas untuk si kecil ni..

Ok, nama si kecil ni 'HANA THARWAH' yang bermaksud kebahagiaan; kekayaaan..semua family panggil dia hana..hana lahir pada 8/10/2013..sekarang baru 3 bulan lebih..masa detik2 kelahiran hana, aku yang merangkap makngah dan laki aku pakngah dia rasa sedih sebab tak dapat balik semenanjung tengok hana..tak dapat nak sama2 sambut hana ketika pertama kali dia melihat dunia..so dapat tengok gambar pon jadi la kan..

Hana baru lahir..muka tengah bengkak lagi..

Aku dapat jumpa hana pon masa umur hana nak dekat sebulan..time ni hana baik sangat dan sangat senang untuk jaga sebab hana suka tido ikut atuk dia..heheheh..hana jaga pun time nk susu, mandi dan berak..nak tengok hana buka mata lama2 time mandi je yang boleh..lepas tu tido balik..tak puas main dengan hana..sampai la sekarang hana still lagi kuat tido tapi tak sekuat macam dulu..

Hana yg comel..time ni hana kecik lagi..tak dapat nak cam hana ikut muka sapa ibu ke papa dia..kadang2 tengok time pagi muka lain, time petang muka lain..berubah2
Ni la papa dan ibu hana..


Baru-baru ni, abg dan kak ipar aku diduga dengan ujian yang sangat besar..hana kena demam panas yang berlarutan..suhu turun naik..jadi hana di bawa ke hospital Kg. Baru (KBMC) dan kena tahan wad..time ni aku sedih sangat2 yela sapa tak sedih tengok insan yang masih kecil terlantar dekat hospital..setiap kali tengok gambar hana dalam keadaan yang sangat lemah pasti air mata ni keluar tanpa diundang :( 9 hari hana duduk hospital dari hari ahad (12/1/2014) sampai hari isnin (20/1/2014)..pada mulanya ingat hana demam panas biasa tapi lepas beberapa hari hana dalam wad, doktor sahkan hana kena sejenis demam yang dinamakan 'demam kawasaki'..kalau sesapa yang tak tau apa tu demam kawasaki, kawan2 boleh rujuk di sini..kalau di KBMC, ubat untuk merawat demam ni memerlukan kos yang sangat besar..jadi abg dan kak ipar aku try tanya dekat HKL dan hana di transfer ke sana..hana dimasukkan 4 dos ubat yang aku tak tau apa nama ubat tu..doktor terpaksa tahan hana untuk x-ray jantung hana takut ada kesan dari ubat tu..Alhamdulillah lepas x-ray jantung, hana takda apa2 masalah dan hana dibenarkan pulang ke rumah..papa, ibu dan hana sangat kuat harungi ujian ini..sekarang hana semakin sembuh..Ceria dan gembira seperti selalu..

Hana ketika di KBMC




Video yang menunjukkan hana sangat tak bermaya time ni..sedih sangat

Video hana yang sangat ceria lepas baik dari demam..


Cuti sekolah bulan 3 ni semua family aku nak datang Sabah..hana pon datang sekali..wah excited nya nak jumpa hana tapi pakngah dia yang terlebih excited..hehehe..time tu hana dah besar sikit dah 5 bulan..boleh main2 dengan dia..tak sabar!!tak sabar!!..mohon bulan 3 cepat sikit datang ye..hehehehe..makngah rindu hana sangat2 ni..nanti makngah bawa hana jalan2 satu Sabah ni ye..macamla hana tu dah pandai baca..hahahah..okla tu je untuk entri kali ni..bye2..

p/s : klu sapa2 yg demam berlarutan tak kira lah budak kecil atau dewasa, cepat2 la pergi ke hospital sebab sekarang banyak sangat jenis2 demam yang kita seniri tak tau..

No comments:

Post a Comment