Wednesday 22 January 2014

Cerita Kami..

    بسم الله الرحمن الرحيم

Hai kawan2..watpe tu? hari ni aku terasa macam nak cerita sikit tentang diri aku yang mana pembaca di luar sana tak kenal aku tu..butir2 peribadi aku boleh tengok kat link sini ..aku ni orang biasa2 je..seorang isteri yang mengikut laki merantau jauh dari keluarga..1st, aku nk cerita sejarah perkenalan aku dengan laki aku..harap2 korang tak bosan la ye walaupun da berkurun abad..kami belajar kat tempat dan kelas yang sama..belajar dekat UITM Merbok, Kedah..cerita kami tak da yang menarik pon tapi aku nak gak cerita..hehehe..aku kenal dia masa sem 3, time ni kami baru start satu kelas..sem 1 dengan sem 2 aku kelas lain, masa tu kami tak kenal antara satu sama lain pon..aku pon macam tak perasan yang dia tu wujud satu kos dengan aku..huhuhu..masa sem 3 pon kenal dia nak dekat2 hujung sem..awal2 sem tu masing2 sombong lagi..tak pernah bertegur sapa..kami start berinteraksi pon  masa keluar jalan ramai2 dengan kawan2 kat CS(Central Square)..time tu CS je yang best kat Sungai Petani..la ni banyak dah tempat best kat sana..start dari hubungan kawan akhirnya kami sampai ke jinjang pelamin..kami disatukan pada 14/12/2012..memang saja pilih tarikh dekat2 dengan tarikh besday laki sebab senang sambut sekali je nanti..hadiah pon boleh jimat..beli sekaligus je..hahaha..

Masa hari pernikahan kami, ayah laki aku a.k.a ayah mertua tak dapat join sebab time tu ayah mertua sakit (kencing manis yang agak teruk) tak boleh jalan jauh..so ayah mertua stay kat umah penang..tapi yang buat lagi sedih lepas dari kenuri kawin sebelah KL, hari isnin dua hari lepas kenuri tu, ayah mertua dimasukkan ke dalam wad..time ni laki aku rushing balik penang tapi aku tak ikut sama sebab ada hal yang tak dapat dielakkan..teruk gak ayah mertua time ni..aku pergi penang dengan family aku awal dari yang dirancangkan sebab nak pergi melawat ayah mertua..time ni aku risau sangat2 sebab hari ahad minggu tu majlis sambut menantu pula..nak dijadikan cerita, time kenuri ktorang, ayah mertua still dalam wad..kesian kat mak mertua..pagi sampai petang layan tetamu, malam terus pergi wad jaga ayah mertua..lepas selesai je majlis makan beradab pengantin, family dan sedara-mara aku semua termasuk pengantin pergi hospital melawat ayah mertua..masa ni tak da perasaan malu langsung walaupun time tu tengah pakai BAJU PENGANTIN..korang pernah nampak pengantin kat hospital??heheheh..semua orang kat hospital tu usha pelik je..sepanjang aku berada di rumah mertua kat penang sampai la kami balik KL(cuti kahwin+cuti kecemasan habis dah) ayah mertua still dalam wad tapi time kami nak balik KL ayah mertua dah beransur sihat..Alhamdulillah, sekarang ayah mertua bertambah sihat tapi kena selalu pergi hospital buat dialysis atau cuci darah.. 

Serba sikit gambar kahwin kami (^_^)v
   
MALAM NIKAH
Alhamdulillah dengan sekali lafaz aku sah jadi isteri kepada Izzul Rahimi Bin Ibrahim..nama kami unik sebab nama ayah dan ayah mertua sama..Ibrahim..selalu kalau ada urusan apa2 mesti orang tanya adik beradik ke..heheheh

MALAM BERINAI


 OUR BIG-DAY
masa kenuri kat KL, kami buat dua pengantin..senang, jimat masa, duit dan tenaga..yang pakai baju peach tu abang dan kak ipar aku..yang pakai baju biru semua family2 aku..muka happy je semua..hehehe


HARI KENURI DI PENANG

Masa kenuri kawin kami, laki aku baru benti kerja dari Standard Chartered sebab dapat kerja gomen..Alhamdulillah rezeki kawin..lepas kawin kami berdua tinggal kat rumah sewa laki aku di Sri Damansara..genap laki aku dok umah tu setahun, laki aku ditukarkan ke Kota Kinabalu, Sabah..aku terpaksa berhenti kerja dari sebuah syarikat swasta untuk ikut suami merantau di sini..1st pengalaman kami di Sabah macam2 hal gak jadi..kelakar bila teringat balik benda tu semua..hehe..kawan2 boleh baca kat blog laki aku kt link sini..malas aku nak taip benda sama..dok kat Sabah ni ajar aku hidup lebih berdikari sebab masing2 berjauhan dengan keluarga..dulu walau dok umah lain dengan family tapi kalau agak2 boring hujung minggu boleh p lepak umah mak aku..masa raya haji pon raya berdua je..kami dua orang la terkontang kanting buat ketupat dan rendang bagai..tapi syukur aku dapat laki jenis ringan tulang tolong aku masak..

Kat Sabah ni kami tak da orang yang boleh bertanya kat mana tempat menarik yang boleh p..100% bergantung dekat blog2 orang cari tempat yang menarik..sebab setiap kali aku tanya orang Sabah kat mana tempat yang best boleh pergi, semua kata tak tau..jalan kat Sabah pon kami bergantung pada GPS..dok sini makanan dekat kedai agak mahal dari KL, so hari2 la aku masak untuk kami berdua makan kat rumah..sekarang ni kami tengah survey tempat untuk berjalan sebab bulan depan dan bulan 3 nanti ramai family aku nak mai sabah..nak berjalan..aku siap buat time table untuk setiap hari mana nak bawak dorang pergi jalan..hehehe..semangat kan..kalau kawan2 tau mana tempat yang best kat Sabah ni, halo2 aku ye..ok stop sini dulu..nanti aku sambung ye..Selamat membaca..

2 comments:

  1. rindu kome. :)
    Semoga korang bahagia je kat sane k..
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mosey @ ira.....rindu korg semua jgak....buat la plan dtg sbh....:)

      Delete