Monday 17 February 2014

Round2 Sabah..

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum..minggu lepas adalah minggu yang paling busy tapi best..
Tiap2 hari keluar jalan2 bawa pakcik round2 Sabah..
First tempat yang aku bawa adalah pasar besar Sabah..awal pagi gerak da pukul 6..
Seriesly aku tak tipu sapa2 yang tak pernah datang Sabah then kita bawa pergi pasar basah, semua akan terkejut tengok ikan fresh2 kat sana, dengan harga yang murah berbanding semenanjung..
Pakcik + makcik aku sampai terperanjat dengar harga ikan selar sekilo sehinggit..mana nak dapat sekilo sehinggit kt semenanjung..betol x??
udang berkilo2 pakcik aku beli..puas makan aku dah lah hantu udang..
 
Lepas je beli2 apa yang patut, terus pakcik aku masak..pakcik aku ni memang tukang masak..dia la tukang masak masa aku tunang dulu....

ni la lauk yang dimasak oleh pakcik aku..
DAY 1 - sambal tumis udang + ketam sweet sour + sotong goreng kunyit + ikan goreng cicah kicap..semua lauk dimasak dan disiang dalam masa 1 jam..cepat gila..kalau aku sejam tu boleh siap 1 lauk je..huhuhuh

petang tu aku bawa dorang pergi rumah terbalik, jambatan tamparuli dan shopping dekat pasar filipina..
  trip 1 bawa anak2 dara je dulu..next trip baru bawa yang bujang2..




DAY 2 - udang dan ketam masak lemak + asam pedas ikan selar + sotong masak kari hitam ala2 kat kedai mamak tu + ayam kepak(yang ni je beli)..hari kedua ni lagi express setengah jam siap dah sebab nak jalan2 pergi kundasang..so pakcik aku masak campak2 je tapi SODAP..


Lepas siap2 masak, terus gerak pergi Kundasang..
tapi sayang sepanjang hari hujan memang sejuk sangat2 kat atas tu..kabus pun tebal..
masa pergi dairy farm, lembu2 semua takda kat ladang sebab hujan..
tak dapat la nak fefeeling kat new zealand..
masa pergi dekat ikan tagal ranau pun sempat letak kaki 5 minit je lepastu hujan punya la lebat..semua dok basah kuyup masuk dalam kereta..da la datang jauh2 tapi 5 minit je dapat rasa..
sangat2 tak puas..tapi takpela dapat gak merasa..

pakcik + makcik yang very2 sporting..

 bayangkan betapa sejuknya masa ni..
belakang tu je dah kabus tebal..masa ambil gambar ni hujan tengah lebat..tapi tetap nak bergambar..hehehe
masa datang kat dairy farm lembu2 tengah beratur nak perah susu...

tak lama pakcik aku datang Sabah..sampai Sabah rabu malam, sabtu pagi da balik melaka..
tapi yang penting aku puas bawa dorang jalan2 kat sini..dan puas makan..
cakap je nak makan apa semua pakcik aku masakkan..
sampai buatkan aku satu bekas rencah mee bandung sebab aku teringin nak makan..
sepanjang aku duk sini tak pernah jumpa lagi menu mee bandung..

lepas anta keluarga pakcik balik, member en suami ajak jalan2 pergi taman buaya dekat tuaran..
harga masuk boleh tahan mahal..satu kepala rm15.00..
tapi best gak dalam tu..macam2 binatang ada..
bukan buaya je..



 buaya yang bawa tu buaya betol tau tapi da diawet kan..
antara binatang lain yang ada dalam taman buaya..binatang2 ni semua kita boleh bagi makan..dorang sediakan makanan, kita kena bayar rm2.00..

sebahagian buaya yang ada..terlampau banyak buaya dalam ni..bermacam2 saiz..
show yang memang tiap2 hari ada..pukul 11am dan 3pm..berani betul dorang ni tapi buaya tu pun macam da paham2 je ape yang buaya tu kena buat..sampai je kat tengah2, dia kan nganga mulut..kejap je show ni..nak tunggu kemain lama lagi..

habis je show kami gerak balik..
badan dah letih semacam je tak cukup rehat berjalan je minggu tu..
tidur pun awal malam tu..
tapi terasa sunyi je rumah sebab pakcik dah balik..:(
apa2 pon kami berdua sangat seronok dengan kedatangan pakcik aku..

ok lah kalau ada masa kita jumpa lagi..
bye..
assalamualaikum..

Tuesday 11 February 2014

Kenali Jenis Sakit Kepala Anda..

بسم الله الرحمن الرحيم


Sejak kebelakangan ni aku selalu sangat sakit kepala..
panadol memang akan ada bersama aku selalu..
tapi panadol yang biasa2 tu tak bagi kesan pon..selalu aku makan panadol activefast..
makan 2 biji terus hilang pening..

tapi aku tau panadol tak elok untuk jangka masa panjang..nak buat macam mana..
nak taknak aku makan gak bagi hilang sakit tu..

ada gak jumpa doktor tapi doktor kata aku mungkin stress..
mungkin sesetengah orang kat luar sana fikir napa stress sedangkan aku tak kerja pon, dok umah je..
hakikatnya duduk umah ni lagi stress dari orang yang bekerja (bukan aku cakap, doktor yang cakap ok)

nak tau sebab ape??
sebab orang yang bekerja ni memang dah ada kerja yang dorang kena buat..
tapi yang dok umah ni ape je yang boleh dibuat..setiap hari benda yang sama dan berulang2..
kalau tak percaya, aku nak korang try dok umah seminggu..apa korang akan rasa???huhuhu
jadi macam2 doktor tu bagi cadangan apa yang patut aku buat..
pergi gym, sambung belajar, kerja part time dan macam2 lagi..

bila aku search kat pakcik google, sakit kepala ni banyak jenis rupanya..

Sakit kepala terbahagi kepada dua :

 1. Sakit kepala primer.
* 90 % sakit kepala adalah golongan primer. . 
* Yang termasuk sakit kepala primer ialah :

a) Sakit kepala tegang (tension headache)
- Tanda2 rasa tegang dan rasa tak selesa tapi sakitnya tidak berdenyut. Otot di  belakang leher juga terasa tegang. 
- Mungkin sakit ini makin lama makin merasa kesakitan yang teramat dan akan terjadi sehingga beberapa jam atau mungkin beberapa hari.

 b) Sakit kepala klaster
- Sering terjadi pada golongan usia dewasa  muda (20-40 thn). Sebabnya adalah stress dan makanan tertentu.
- Tanda2 sakit kepala sebelah, sekitar mata dan alis, sifatnya terus menerus makin lama makin sakit, tak berdenyut dan berlangsung dalam masa yang singkat (beberapa minit sampai 3 jam), terutama bila waktu malam hari.

c) Migrain, penyebabnya antara lain: kurang tidur
- Migrain lebih sering terjadi pada perempuan, biasanya ada keturunan keluarga dan sudah mula rasa sakit pada usia remaja.  
- Tanda2 sakit kepala sebelah, sakit yang berulang, terutama pagi hari, sifatnya berdenyut,  berlangsung beberapa jam sampai beberapa hari, 
- Sering disertai muntah, mata tak tahan cahaya dan  tak tahan suara bising.
- Sebab lain mungkin stress, kurang tidur, haid dan pengaruh alkohol

2. Sakit kepala sekunder.
* Kemungkinan penyebab sakit kepala golongan ini umumnya adalah kelainan mata, hidung, telinga, gigi, cedera kepala, radang selaput kepala hingga tumor otak. 
* Tekanan darah tinggi juga salah satu penyebab umum sakit kepala sekunder. Jika kawan2 menderita tekanan darah tinggi dan sering mengalami sakit kepala, seharusnya mengukur tekanan darah tinggi kawan2 setiap hari untuk memastikan penyebab sakit kepala anda.

Jadi, kawan2 boleh tau jenis sakit kepala yang korang alami..harap ianya membantu..TQ

Saturday 8 February 2014

Attention!!!

Assalamualaikum kawan2
Just nak inform tentang pertukaran blog url aku..
Disebabkan ada masalah teknikal jadi aku terpaksa tukar url baru..
Kepada pembaca yang tau tentang blog aku yang lama iaitu
tudiasempoi.blogspot.com
Telah bertukar ke..
duniabelogyana.blogspot.com
Harap dengan pertukaran ini tak susahkan pembaca sekalian ye....TQ

Monday 3 February 2014

Cuti Di Hujung Minggu..

بسم الله الرحمن الرحيم
  
Assalamualaikum sobat2 semua..weekend lepas aku dan kawan2 office laki aku konvoi ramai2 pergi kenduri kahwin kawan dorang dekat papar..first pengalaman pergi kenduri kahwin orang sabah..nak tengok cara dorang kahwin macam mana..sama ke tak dengan cara semenanjung kahwin..kenduri yang aku pergi semalam kebanyakkan nya sama je dengan cara semenanjung..cuma dorang takda sedia kan nasi minyak yang ada cuma nasi putih je..lauk pon lebih kurang sama..ayam goreng, daging rendang, sambal udang, su'un masak apa ntah aku pun tak tau..dan sup daging..dekat sabah ni tak sah kalau tak da sup..kalau kawan2 pergi makan dekat kedai makan mana pun, orderlah apa2 mesti dia akan bagi sup walaupun order jenis2 mee pun dapat sup..pernah gak kawan laki aku order roti canai pon dorang bagi sup..

Yang lain bagi aku semalam cuma masa pengantin nak pergi bersanding atas pelamin, pengantin pompuan dah siap sedia tunggu atas pelamin sementara pengantin lelaki pula buat beberapa pusingan macam tawaf kat depan pelamin yang dipimpin oleh orang yang lebih tua (aku tak tau sapa yang pimpin pengantin laki tu) baru la pengantin laki naik atas pelamin..kat semenanjung tak pernah aku tengok buat camtu mungkin tu adat mereka kat sabah..yang paling best dapat dengar karaoke live dari orang2 veteren sabah..sedap sangat sore2 dorang semalam..
 rakan2 sekerja laki aku..

 Baby cute tu anak pada boss laki aku..time kitorang dok pegang2 baby ni, muka abang dia masam je sebab takut kitorang ambil adik dia..kiut je..hehehe

Lepas pergi kenduri tu, kami ramai2 konvoi pergi mandi air terjun dekat hutan lipur kawang..masuk kena bayar, satu kepala rm2.00..boleh tahan cantik gak tempat dia..air dia sangat2 sejuk okey..tapi semalam aku pergi ramai sangat orang, so kebanyakkan tempat yang cantik dah full..jadi kami pilih lah tempat yang tak ramai..aktiviti yang tak di plan awal..setengah jam sebelum nak gerak pergi kenduri baru dorang plan..so takda la bawa makanan macam orang yang berpicnic..sebelum sampai kat hutan lipur tu, kami singgah kedai runcit beli kopok & air yang boleh alas perut sebab lepas mandi manda perut mesti lapar..
ni la tempat yang cantik dipenuhi orang semalam..

So sapa2 yang nak bawa family berpicnic selain kat tepi pantai, bolehlah bawa family mandi air terjun kat sini ye.sebab tempat dia best..tak lah jauh sangat dari bandar KK..tu je untuk entri hari ni..sehingga ketemu lagi..bye